KPT Sentiasa Libatkan GLC Dan Industri Bangunkan Pelan Kebolehpasaran Graduan

KPT Sentiasa Libatkan GLC Dan Industri Bangunkan Pelan Kebolehpasaran Graduan

KPT sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif melibatkan Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan yang mampu memiliki keupayaan selaras dengan permintaan terkini industri.

Menurut YB. Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang hadir menjawab soalan di Dewan Negara hari ini, antara program yang telah dilaksanakan KPT adalah seperti "CEO@Faculty", di mana pengurusan tertinggi GLC akan dipadankan kepada Universiti Awam (UA) sebagai mentor untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran mereka.

Selain itu, KPT bersama Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan pemain industri turut bakal melaksanakan program bimbingan Capital Market Graduate Program (CMGP) yang bertujuan memberikan pendedahan berkenaan pasaran modal kepada mahasiswa.

Malah, di peringkat Politeknik dan Kolej Komuniti, KPT turut memperkenalkan Teaching Factory atau Industry on Campus (IOC) yang merupakan kaedah pembelajaran yang berfokus kepada pelajar atau pelatih dengan menggunakan pendekatan "belajar daripada industri sebenar" di premis-premis yang tersedia dan juga ada jalinan kerjasama bagi meningkatkan keterlihatan graduan sektor tersebut.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2734
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 24 Mei 2024, 17:03:21.