”Segulai Sejalai” Pelengkap Sambutan Hari Malaysia

”Segulai Sejalai” Pelengkap Sambutan Hari Malaysia

“Segulai Sejalai” diketengahkan sebagai pelengkap Sambutan Hari Malaysia pada malam tadi yang telah diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.

Sambutan bertemakan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” ini merupakan sambutan tahunan bagi memperingati penubuhan Malaysia dan simbol penyatuan antara Semenanjung Malaysia, Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak.

“Segulai Sejalai” membawa maksud “Seiring Sejalan” yang melambangkan kesatuan, perpaduan serta semangat kerjasama yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pelbagai acara dan persembahan menarik turut diadakan sepanjang sambutan, antaranya upacara menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2023 oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim; Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg; dan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor sebagai acara simbolik penubuhan Malaysia pada tahun 1963 serta diikuti gimik simbolik perasmian bertemakan Malaysia MADANI Pemacu Perpaduan oleh Tuan Yang Terutama Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Turut hadir pada majlis sambutan ini ialah Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal dan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar.

Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1304
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 28 Februari 2024, 20:42:11.