ReTHINK 2024: Inisiatif UMPSA Bincang Solusi Kemampanan Untuk Masa Depan

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah merasmikan persidangan ReTHINK 2024 anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di ibu negara pagi tadi.
Persidangan dua (2) hari bermula semalam tersebut telah memfokuskan perbincangan serta pembentangan berkaitan isu kemampanan untuk masa depan (the future of sustainability) dengan membariskan ahli panel yang berwibawa dan berpengaruh.
Bertemakan “Emerging Trends in Smart Agriculture and Plantations - Trend Terkini Pertanian Pintar dan Perladangan” yang menampilkan pakar industri dan akademik terkemuka, para peserta turut membincangkan isu berkaitan keselamatan makanan, pertanian pintar dan inovasi teknologi dalam industri pertanian dan perladangan untuk memacu daya saing dan kemampanan.
YB Menteri telah turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara Synbion Sdn Bhd, syarikat spin-off UMPSA Holdings Sdn Bhd dan United Agarwood Planters, Inc. (UAP) yang berpangkalan di Filipina untuk memperkukuh kerjasama mereka dalam industry agarwood (gaharu), menggunakan produk penemuan baharu berasaskan saintifik.
Melalui MoA tersebut, Synbion akan membekalkan kepada UAP OUDIno, inokulan berasaskan bahan semula jadi menggunakan teknologi mikrob berkesan untuk pokok agarwood atau gaharu untuk menghasilkan cip kayu agarwood (gaharu) gred berkualiti dengan bantuan, kemudahan dan jaminan daripada Iba Botanicals Inc. (IBI), syarikat induk UAP.
Kerjasama dengan UAP ini bakal meningkatkan lagi industri kayu gaharu tempatan sekali gus berupaya meluaskan pasaran kayu gaharu berkualiti tinggi.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 967