Pusat Sumber KPT Menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2022@KPT

Pusat Sumber KPT anjur Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2022@KPT

Pusat Sumber Kementerian Pengajian Tinggi hari ini telah mengadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2022@KPT.

Program ini diadakan bersempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut setiap tahun untuk memupuk dan membudayakan amalan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat sebagai menyokong inisiatif Dekad Membaca Kebangsaan.

Pengisian program ini dimulakan acara Sembang Buku yang berjudul "Wanita Ini Beli 6 Rumah Sebelum Kahwin" oleh Puan Nekmatuzzura dan dituruti dengan bacaan serentak secara beramai-ramai selama 10 minit.

Bacaan selama 10 minit ini merupakan simbolik kepada sambutan Baca Bersama 10 Minit 2022 yang disambut pada 21 April setiap tahun yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4702
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 17 Mei 2024, 15:30:11.