Program KPT Prihatin Keluarga Malaysia: Edisi Keusahawanan Jelajah Zon Utara

Program KPT Prihatin Keluarga Malaysia: Edisi Keusahawanan Jelajah Zon Utara

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad turun ke Jelajah KPT Prihatin Keluarga Malaysia (KPKM) Edisi Keusahawanan yang telah ke utara tanah air petang semalam.

Bertempat di Alor Setar, Kedah, KPKM: Edisi Keusahawanan yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan penyertaan dari kalangan para belia dan mahasiswa yang berminat mendapatkan maklumat serta mentor dalam bidang keusahawanan.

Program di utara kali ini dikendalikan oleh UUM dan UniMAP dengan pengisian seperti reruai pameran, ceramah, serta forum keusahawanan telah dijalankan untuk dimanfaatkan oleh para peserta.

YB Menteri telah turut meluangkan masa melawat gerai-gerai jualan, pameran serta mendengar tazkirah ramadan sebelum berbuka puasa bersama-sama semua para hadirin.

Turut sama YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT, YBhg. Prof. Ts. Dr Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP dan YBhg. Prof. Dr Haim Hilman Abdullah, Naib Canselor UUM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6434
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 29 Mei 2024, 21:46:47.