Program Semarak Siswa Madani Sasar Perkasa Jati Diri Mahasiswa

Program Semarak Siswa Madani Sasar Perkasa Jati Diri Mahasiswa

Pada majlis pagi tadi juga, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah melancarkan inisiatif terbaharu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu Program Semarak Siswa Madani.

Melalui inisiatif itu, KPT akan membawa inovasi dan idea-idea baharu yang tercetus di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) kepada masyarakat dengan memfokuskan jalinan akrab antara mahasiswa dan komuniti.

Sebagai pelaksanaan, empat (4) program utama telah dirangka iaitu KPT Prihatin Madani; Student for Society (S4S); Inovasi Sosial - Knowledge Transfer Programme (KTP); dan TVET Komuniti Madani.

Simbolik pelancaran telah dibuat oleh YB. Dato' Seri Mohamed Khaled dengan memakaikan lilitan lengan (armband) kepada empat (4) orang pelajar dari universiti awam terpilih yang setiap satunya mewakili 4 program utama Program Semarak Siswa Madani.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman; serta Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4792
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 03 Oktober 2024, 04:17:23.

logo-sirim