Forum The G.R.E.A.T. Civil Service: Cabaran Dan Aspirasi Baharu Perkhidmatan Awam

Forum The G.R.E.A.T. Civil Service: Cabaran Dan Aspirasi Baharu Perkhidmatan Awam

The G.R.E.A.T. Civil Service ialah wacana minda yang digagaskan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali ketika Majlis Amanat KSN Bersama Penjawat Awam pada 9 Februari 2023, sebagai usaha memperkasakan penjawat awam dengan nilai-nilai peribadi yang unggul.

G.R.E.A.T. merupakan akronim kepada 'Good Governance' (Tadbir Urus Terbaik), 'Responsible' (Bertanggungjawab), 'Empathy' (Ihsan), 'Accountable' (Kebertanggungjawaban) dan 'Tenacity of Purpose' (Fokus Pada Matlamat).

Penganjuran Forum The G.R.E.A.T. Civil Service: Cabaran dan Aspirasi Baharu Perkhidmatan Awam oleh INTAN dilihat berupaya menjadi platform yang signifikan dalam usaha menyebar luas prinsip, sekali gus menghebahkan inisiatif-inisiatif baharu Kementerian/Agensi yang berpacukan G.R.E.A.T.

Dalam forum tersebut, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN telah melancarkan Buku G.R.E.A.T! dan Modul Latihan Konsep G.R.E.A.T. dalam Perkhidmatan Awam.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff turut berpeluang menjadi seorang panel dan berkongsi dari sudut naratif pengaplikasian prinsip G.R.E.A.T. dalam menjayakan Inisiatif Bitara MADANI menerusi mimbar Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (Special Task Force on Agency Reform - STAR).

Program yang diadakan di Auditorium INTAN Bukit Kiara ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Selain itu, pameran-pameran oleh Kementerian/Agensi turut diadakan bersempena forum ini yang mana KPT turut menyediakan kaunter perkhidmatan melibatkan Bahagian serta Agensi di bawah kementerian.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4817
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 24 Mei 2024, 17:03:21.