Program ‘Nasi Lemak Kopi O’ Bersama KSU KPT

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim bersama seramai 32 orang warga Penolong Pegawai Tadbir dan 20 orang warga Setiausaha Pejabat di KPT terlibat dalam Program ‘Nasi Lemak Kopi O’ yang berlangsung pagi tadi.
Program ini diadakan secara santai yang mana ianya bukan sekadar berbentuk sesi ramah mesra, malah menjadi wadah untuk menyantuni dan menghargai peranan penting kumpulan pelaksana dalam menyokong tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan Kementerian.
Melalui pendekatan mesra dan inklusif seperti ini, diharapkan warga kerja KPT terus bersemangat, bersatu hati dan berdaya saing dalam memacu transformasi Kementerian, selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi, berintegriti dan berjiwa rakyat.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 66