Program Libat Urus Jawatankuasa Pelaksana Landasan Hala Tuju Pendidikan Tinggi (LHTPT) 2024

Program Libat Urus Jawatankuasa Pelaksana Landasan Hala Tuju Pendidikan Tinggi (LHTPT) 2024

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian telah menyempurnakan Program Libat Urus Jawatankuasa Pelaksana Landasan Hala Tuju Pendidikan Tinggi (LHTPT) di sini pagi tadi.

Program yang berfokuskan dua (2) agenda utama ini melibatkan perkongsian hasil kajian daripada Khazanah Research Institute (KRI) yang bertajuk ‘SHIFTING TIDES; CHARTING CAREER PROGRESSION OF MALAYSIA’S SKILLED TALENT’ dan taklimat Jawatankuasa Pelaksana LHTPT oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dalam ucapannya berkata, “dalam merealisasikan lima (5) fokus utama kementerian, penyediaan bakat yang berkualiti adalah salah satu peranan Institusi Pendidikan Tinggi”, ujarnya.

Diharapkan semua pihak dapat mengambil inisiatif hasil perkongsian kepakaran penyelidikan daripada KRI ini sebagai input bagi meningkatkan kualiti pembangunan bakat negara selari dengan tekad KPT sebagai salah satu usaha berterusan untuk melahirkan strategi dan pendekatan yang segar selaras perubahan global yang mutakhir bagi memenuhi aspirasi kementerian dan negara.

Turut menghadiri program ini, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman; Penasihat Pendidikan Tinggi kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dato’ Seri Prof. Dr. Noor Azlan Ghazali dan Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Ts. Hj. Kamaludin Daud. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1231
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim