PM dan YBM mengadakan Pertemuan dengan Kepimpinan Tertinggi MPPK IPT Tempatan Sesi 2021/2022

YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri dan YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan tertinggi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) institusi pendidikan tinggi tempatan sesi 2021/2022 bagi membincangkan usaha memartabatkan mahasiswa, memperkasa pendidikan serta hal berkaitan kebajikan mahasiswa.

Pertemuan tersebut memberi peluang kepada YAB Perdana Menteri mendengar pandangan dan meneliti setiap butiran agenda serta inisiatif yang disuarakan oleh mahasiswa untuk kepentingan negara.

Turut hadir YB Senator Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4638
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 Julai 2024, 04:35:17.

logo-sirim