Lawatan Kerja KSU ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam

YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam bagi meninjau sendiri pengoperasian institusi dan pelaksanaan inisiatif di lapangan.

Kehadiran YBhg. Datuk Seri Dr. KSU telah disambut oleh YBrs. Ts. Zainab binti Ahmad, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan YBrs. Dr. Hj. Mohd Zahari bin Ismail, Pengarah PSA.

Dalam majlis sama, YBhg. Datuk Seri Dr. KSU telah menyampaikan Anugerah Akademia PSA sempena sambutan Hari Akademia kepada warga pendidik bagi mengiktiraf dan menyanjung ahli akademik yang telah mengharumkan nama PSA dalam pelbagai bidang ilmu.

Turut hadir YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengajian Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5086
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Jun 2024, 18:57:36.