Pembudayaan Inovasi Dan Kreativiti Menerusi Penganjuran Hari Inovasi @ KPT

Sambutan Hari Inovasi @ KPT 2024 anjuran Bahagian Perancangan Strategik, KPT telah berlangsung pada 23 - 24 Oktober 2024 di pekarangan lobi KPT.
Majlis Perasmian Penutup bagi Sambutan Hari Inovasi @ KPT 2024 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dengan kehadiran ratusan warga KPT dan institusi.
Hari Inovasi @ KPT 2024 diadakan bagi menyambut salah satu saranan Kerajaan dalam memastikan pembudayaan inovasi dan kreativiti terus disemarakkan dalam kalangan penjawat awam.
Tumpuan bagi sambutan Hari Inovasi @ KPT 2024 ini diberikan kepada penciptaan dan penambahan nilai, pengurangan kos, perkhidmatan yang memenuhi aspirasi dan harapan rakyat serta berimpak tinggi.
Sebanyak empat (4) pertandingan utama telah dipertandingkan iaitu Pertandingan Inovasi Terbaik; Pertandingan Pameran Inovasi Terbaik; Pertandingan Inovasi EKSA; dan Kuiz Inovasi kepada warga KPT.
Kumpulan Protech dari Politeknik Port Dickson telah dipilih sebagai johan inovasi terbaik. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Three Of Us dari Kolej Komuniti Selayang dan kumpulan SmartSoul dari UTeM mendapat tempat ketiga.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 843