Pelantikan Semula Naib Canselor UMK Dan Pelantikan Baharu Timbalan Naib Canselor (HEP) USM Dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) UM

Pelantikan Semula Naib Canselor UMK Dan Pelantikan Baharu Timbalan Naib Canselor (HEP) USM Dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) UM

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada hari ini telah menyampaikan watikah pelantikan kepada YBhg. Dato' Prof. Dr. Razli Che Razak, Naib Canselor (NC) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang telah dilantik semula sebagai NC UMK bagi tempoh satu (1) tahun berkuat kuasa mulai 24 November 2023 hingga 23 November 2024.

YB Menteri turut merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan semula ini dan berharap agar YBhg. Dato' Prof. Dr. Razli Che Razak dapat memperkasa dan melahirkan modal insan negara yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang dalam memastikan ekonomi negara kukuh dan berdaya saing.

Ucapan tahniah juga kepada YBrs. Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin, Pengarah Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan YBrs. Prof. Ir. Dr. Kaharuddin Dimyati, Dekan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) USM dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UM masing-masing. Kedua-dua pelantikan ini berkuat kuasa mulai 1 Disember 2023.

Turut hadir dalam sesi ini ialah YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1521
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 24 Februari 2024, 09:25:25.