Pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI KPT Di Kluang Capai 78 Peratus, Sekolah Angkat MADANI Siap 100 Peratus

Pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI KPT Di Kluang Capai 78 Peratus, Sekolah Angkat MADANI Siap 100 Peratus

3 Oktober 2026 | Kluang, Johor

Pelaksanaan projek di bawah Program Kampung Angkat MADANI Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Kampung Melayu Batu 4, Paloh kini mencapai 78 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Oktober ini.

Projek berkenaan dilaksanakan dengan peruntukan RM500,000 bagi menyediakan kemudahan yang dikenal pasti untuk manfaat penduduk setempat.

Sementara itu, projek di bawah Program Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2 telah mencapai tahap siap sepenuhnya 100 peratus dengan peruntukan RM100,000.

Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, hari ini turun padang meninjau perkembangan pelaksanaan kedua-dua program berkenaan di sekitar Kluang bagi melihat sendiri kemajuan projek serta keperluan institusi pendidikan dan komuniti setempat.

Lawatan bermula di Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2 sebelum diteruskan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Paloh dan Sekolah Agama Ladang Bukit Paloh serta Kampung Melayu Batu 4, Paloh.

Pada lawatan ke Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2, beliau turut berkesempatan merasmikan Kejohanan Hoki 4 Fun Piala Hari Malaysia Peringkat Daerah Kluang.

Di Kampung Melayu Batu 4, beliau turut meninjau perkembangan projek Kampung Angkat MADANI yang kini mencapai 78 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Oktober 2026.

Program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI KPT di Kluang menerima peruntukan keseluruhan RM600,000, masing-masing RM500,000 bagi Kampung Melayu Batu 4 dan RM100,000 bagi Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2.

Lawatan turun padang itu merupakan sebahagian daripada pemantauan KPT bagi memastikan pelaksanaan projek yang dirancang dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan serta memberi manfaat kepada warga sekolah dan komuniti setempat.

Turut hadir Pegawai Daerah Kluang, Hajah Azurawati Wahid; Pegawai Pendidikan Daerah Kluang, Haji Ayub Ibrahim; Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2, Padilah Shahran; para pemimpin komuniti serta wakil-wakil agensi berkaitan.

  • Last updated on .
  • Hits: 42
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 05 Oktober 2026, 09:58:16.

logo-sirim