PAVILION MAPIM DI PBAKL 2026 TERIMA SOKONGAN BERTERUSAN KPT MELALUI LAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI

PAVILION MAPIM DI PBAKL 2026 TERIMA SOKONGAN BERTERUSAN KPT MELALUI LAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI

2 Jun 2026 | Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

Pavilion Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 terus menerima sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diterjemahkan melalui lawatan pengurusan tertinggi kementerian ke lokasi pameran di WTCKL.

Lawatan oleh Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan serta Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Encik Ahmad Rizal Adnan, meninjau pelbagai bahan penerbitan ilmiah termasuk buku, jurnal penyelidikan dan produk digital hasil warga Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta.

Kehadiran kepimpinan tertinggi KPT ini mencerminkan pengiktirafan berterusan terhadap peranan MAPIM dalam memperkukuh ekosistem penerbitan ilmiah negara serta memperluas keterlihatan hasil penyelidikan IPT ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Sokongan berterusan ini turut memperkukuh agenda pembudayaan ilmu dan pemindahan pengetahuan apabila KPT terus komited memastikan hasil penyelidikan berimpak tinggi dapat dimanfaatkan secara meluas oleh masyarakat, selaras dengan usaha membina ekosistem penerbitan ilmiah yang mampan, berdaya saing dan bersepadu. 

  • Last updated on .
  • Hits: 24
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 09 Jun 2026, 10:33:14.

logo-sirim