NTW 2023 Berjaya Capai Sasaran Tarik Minat Pembelajaran Dan Peningkatan Kemahiran Rakyat

NTW 2023 Berjaya Capai Sasaran Tarik Minat Pembelajaran Dan Peningkatan Kemahiran Rakyat

National Training Week (NTW) 2023 telah sampai ke acara kemuncaknya apabila majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada pagi ini. Turut hadir ialah Menteri Sumber Manusia, YB Tuan V. Sivakumar.

Turut hadir juga ke majlis ini mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ialah YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT.

NTW 2023 yang berlangsung dari 22 hingga 28 Mei 2023 merupakan minggu kesedaran latihan peringkat kebangsaan diterajui Human Resource Development Corporation (HRD Corp) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan mensasarkan penyertaan semua pihak dan organisasi merentas pelbagai sektor dengan menawarkan peluang pembelajaran dan pembangunan kemahiran percuma kepada rakyat.

KPT merupakan antara kementerian yang turut terlibat dalam merealisasikan agenda ini melalui peluang Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia dalam meningkatkan kebolehpasaran diri masing-masing di pasaran kerja.

Setakat semalam, 27 Mei 2023, NTW 2023 telah berjaya merekodkan 21,052 kursus, melibatkan 103,823 penyertaan dan 404,312 jam latihan dan mampu mencapai semua sasaran menjelang pengakhiran NTW 2023 esok.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2427
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 Julai 2024, 04:35:17.

logo-sirim