Malaysia-UK Meterai MoU Perkukuh Kerjasama Pendidikan Tinggi
Kerajaan Malaysia dan United Kingdom (UK) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang bakal mengukuhkan lagi kerjasama dalam sektor Pendidikan Tinggi antara kedua-dua negara.
MoU tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar mewakili kerajaan Malaysia, manakala mewakili kerajaan Britain ialah Susan Acland Hood, Setiausaha Tetap bagi Pendidikan.
Antara skop kerjasama yang dicadangkan merangkumi perkara-perkara seperti memantapkan kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan saintifik dan latihan bakat termasuklah program mobiliti pelajar dan ahli akademia.
Turut dibincangkan adalah berkenaan penawaran biasiswa serta pelaksanaan pemindahan kredit dan pengiktirafan bersama untuk kelayakan akademik bagi program yang setara.
Selain itu, Kuala Lumpur-UK turut membincangkan berkenaan kerjasama melibatkan bidang STEM; ICT; TVET; inovasi; pembelajaran atas talian; Pembelajaran Sepanjang Hayat, serta program keusahawanan siswazah.
MoU ini tersebut dilihat akan memberi pendedahan dan perspektif mengenai kepelbagaian sosio-budaya kepada para pelajar kedua-dua negara, di samping kemasukan para pelajar dari UK juga dijangka akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui pertukaran mata wang asing.
Malah, MoU tersebut secara tidak langsung bakal merangsang IPT negara untuk terus bersaing dalam penawaran program pengajian yang berkualiti demi menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di sini.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 3487