Malaysia-Lubnan Perluas Jalinan Akademik Dan Kerjasama Pendidikan Tinggi

Malaysia-Lubnan Perluas Jalinan Akademik Dan Kerjasama Pendidikan Tinggi

13 Oktober 2026 I Kuala Lumpur

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Lubnan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Maher Kheir semalam.

​Dalam pertemuan tersebut, pihak Lubnan menyatakan hasrat untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya melibatkan mobiliti akademik, jalinan antara institusi, dan kolaborasi penyelidikan.

Hasrat tersebut merangkumi pelbagai skop kerjasama akademik dan penyelidikan bersama, mengambil kira hubungan yang telah sedia terjalin antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Islam Lubnan. Sehubungan itu, pihak Malaysia menzahirkan keterbukaan untuk meneroka peluang kerjasama yang lebih luas pada masa hadapan.

​Selain itu, penawaran Biasiswa Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Scholarship - MIS) turut disambut baik bagi menggalakkan permohonan dalam kalangan pelajar cemerlang dan penyelidik dari Republik Lubnan.

​Kerjasama ini diharapkan dapat terus membina hubungan berasaskan kepentingan bersama bagi kedua-dua negara.

  • Last updated on .
  • Hits: 30
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 14 Oktober 2026, 10:53:34.

logo-sirim