Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Warga KPT

Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Warga KPT

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah meraikan lebih 5000 orang tetamu yang hadir dalam majlis sambutan aidilfitri yang diadakan di KPT tengah hari tadi.

Kehadiran YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri serta beberapa menteri kabinet lain telah turut menyerikan lagi majlis yang julung-julung kali diadakan setelah negara memasuki fasa endemik.

YB Menteri telah turut menyantuni ahli-ahli lembaga pengurusan universiti, naib-naib canselor, para pelajar IPT, wakil-wakil industri serta para pemimpin komuniti.

Dalam majlis ini juga, YB Menteri telah turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak dari Taska KPT serta wakil-wakil mahasiswa IPT yang hadir.

Turut sama menyantuni para jemputan ialah YB Dato' Dr. Ahmad Masrizal Mohammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT, serta YBrs. Ts. Zainab Ahmad, KP JPPKK.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4015
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 17 Mei 2024, 15:30:11.