KSU Lancar Pelan Antirasuah KPT

KSU Lancar Pelan Antirasuah KPT

YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi hari ini telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah KPT 2022 – 2026 yang telah diadakan di lobi Kementerian Pengajian Tinggi.

Simbolik kepada majlis pelancaran pelan ini ialah lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dipimpin oleh YBhg. Datuk Dato' Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timb. Ketua Setiausaha KPT dengan diiringi lafaz oleh Ketua-ketua Jabatan dan Bahagian serta warga KPT yang hadir.

Antara lain pengisian majlis tersebut ialah sesi menandatangani IBR oleh YBhg. Dato' Seri Ketua Setiausaha KPT di hadapan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan penyerahan Buku Pelan Antirasuah KPT 2022 – 2026 kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya, SPRM, YBhg. Datuk Seri Mohd Sallehhuddin bin Hassan, Ketua Pengarah, Pusat Governans, Integriti & Antirasuah Nasional (GIACC) dan Ketua-ketua Unit di KPT.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Bin Hassan, Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti & Antirasuah Nasional (GIACC), YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Bin Megat Ahmad Supian, Timb. Ketua Setiausaha (Dasar), YBrs. Dr. Mohd Zabri Bin Yusoff, Timb. Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) KPT, Ketua-ketua Jabatan dan Bahagian KPT serta warga KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4180
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 27 Mei 2024, 18:16:03.