Majlis Perasmian Kursus Berfikiran Strategik Dan Berwawasan Di Bawah Program MYPOLYCC LEP JPPKK

Majlis Perasmian Kursus Berfikiran Strategik Dan Berwawasan Di Bawah Program MYPOLYCC LEP JPPKK

YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Berfikiran Strategik Dan Berwawasan Di Bawah Program MYPOLYCC LEP JPPKK di Auditorium AKEPT, di sini hari ini.
Kursus ini telah berlangsung selama 4 hari di AKEPT dengan kehadiran seramai 50 orang peserta. Keahlian kursus ini meliputi penyertaan daripada Politeknik dan Kolej Komuniti dariapda Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah, YBhg. Dato' Prof. Dr. Nasrudin Mohammed, Pengarah AKEPT, dan En. Roslee Yahya, Pengarah Kanan (Kompetensi), JPPKK

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2622
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 Julai 2024, 14:20:10.

logo-sirim