Majlis Berbuka Puasa UPM: DYMM Tuanku Canselor UPM Serah Sumbangan Aidilfitri

Majlis Berbuka Puasa UPM: DYMM Tuanku Canselor UPM Serah Sumbangan Aidilfitri

DYMM Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim, muallaf, Orang Kurang Upaya (OKU) dan asnaf yang terdiri daripada 45 pelajar serta kakitangan UPM.

Baginda yang diiringi oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan tersebut sempena Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama kira-kira 1,000 orang ahli kariah di situ.

Keberangkatan baginda telah disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr. Anesee Ibrahim yang turut bersama-sama menunaikan solat fardu Isyak dan tarawih berjemaah.

Baginda berkenan menerima sumbangan Wakaf Ilmu UPM berjumlah RM1,085,246.03 yang terdiri daripada orang perseorangan, rakan korporat UPM dan juga staf serta pelajar universiti.

Pada majlis tersebut juga, DYMM Sultan Sharafuddin kemudiannya berkenaan menerima Dana Zakat RM8,169,673.67 yang dipersembahkan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan Projek Dana Wakaf Ilmu UPM, RM1,085,246.03 yang dipersembahkan oleh Pendaftar, Muhazam Mansor.

Selain itu, DYMM Tuanku Canselor turut berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM179,177.00 daripada UPM Holdings Sdn. Bhd. (RM121,000.00) dan Koperasi UPM Berhad (RM10,627.73).

Dalam pada itu, bagi Sumbangan Zakat Pelajar turut diberi oleh Tabung Haji berjumlah RM800,000; Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS Berhad) berjumlah RM280,000; Bank Islam berjumlah RM30,000; Takaful Ikhlas berjumlah RM15,000; dan Badan Kebajikan Mutiara Putrajaya berjumlah RM10,000.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Mohamad Azhan Md Amir; serta Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 415
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 17 Julai 2025, 10:34:11.

logo-sirim