Lawatan Kerja UniMAP: YB Menteri Tinjau Pengoperasian Dapur Siswa MADANI dan Menu Kasih Siswa

Lawatan Kerja UniMAP: YB Menteri Tinjau Pengoperasian Dapur Siswa MADANI dan Menu Kasih Siswa

25 April 2026 | Pauh, Perlis

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) secara konsisten melakukan pemantauan di lapangan bagi memastikan setiap inisiatif kebajikan yang diumumkan kerajaan dilaksanakan dengan berkesan demi manfaat mahasiswa.

Sementara di UniMAP, ​Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, berkesempatan meninjau pengoperasian Dapur Siswa MADANI dan keberkesanan Menu Kasih Siswa (MKS) di situ.

​Bertempat di Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, sesi tinjauan dimulakan dengan sesi taklimat mendalam mengenai struktur pelaksanaan MKS di peringkat kampus.

​Pemerhatian terus di kawasan dapur membolehkan YB Menteri menilai sendiri kesiapsiagaan universiti dalam menyediakan menu harian yang berkualiti mengikut garis panduan KPT.

​Beliau turut menyaksikan pengurusan Food Bank universiti yang kini menjadi platform utama dalam menyalurkan bantuan segera kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

​Inisiatif Dapur Siswa MADANI yang menggabungkan aspek kebersihan, kualiti, dan harga mampu milik dilihat sebagai model terbaik pengurusan kafeteria kampus masa kini.

​Melalui tinjauan tadi, KPT dapat mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memastikan inisiatif Menu Kasih Siswa terus relevan dengan keperluan semasa mahasiswa.

​YB Menteri menyifatkan kerjasama erat antara universiti dan industri dalam menjayakan program-program kebajikan tersebut sebagai kunci utama kejayaan agenda Pendidikan Tinggi Madani.

​Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; Ahli-ahli Lembaga Pengarah UniMAP; dan Naib Canselor UniMAP, Prof. Dato' Dr. Zaliman Sauli. 

  • Last updated on .
  • Hits: 179
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 30 April 2026, 06:34:40.

logo-sirim