Lawatan Kerja UniMAP: YB Menteri Tinjau Pengoperasian Dapur Siswa MADANI dan Menu Kasih Siswa

25 April 2026 | Pauh, Perlis
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) secara konsisten melakukan pemantauan di lapangan bagi memastikan setiap inisiatif kebajikan yang diumumkan kerajaan dilaksanakan dengan berkesan demi manfaat mahasiswa.
Sementara di UniMAP, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, berkesempatan meninjau pengoperasian Dapur Siswa MADANI dan keberkesanan Menu Kasih Siswa (MKS) di situ.
Bertempat di Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, sesi tinjauan dimulakan dengan sesi taklimat mendalam mengenai struktur pelaksanaan MKS di peringkat kampus.
Pemerhatian terus di kawasan dapur membolehkan YB Menteri menilai sendiri kesiapsiagaan universiti dalam menyediakan menu harian yang berkualiti mengikut garis panduan KPT.
Beliau turut menyaksikan pengurusan Food Bank universiti yang kini menjadi platform utama dalam menyalurkan bantuan segera kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
Inisiatif Dapur Siswa MADANI yang menggabungkan aspek kebersihan, kualiti, dan harga mampu milik dilihat sebagai model terbaik pengurusan kafeteria kampus masa kini.
Melalui tinjauan tadi, KPT dapat mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memastikan inisiatif Menu Kasih Siswa terus relevan dengan keperluan semasa mahasiswa.
YB Menteri menyifatkan kerjasama erat antara universiti dan industri dalam menjayakan program-program kebajikan tersebut sebagai kunci utama kejayaan agenda Pendidikan Tinggi Madani.
Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; Ahli-ahli Lembaga Pengarah UniMAP; dan Naib Canselor UniMAP, Prof. Dato' Dr. Zaliman Sauli.
- Last updated on .
- Hits: 181
