Lawatan Kerja Pembangunan TKSU (PP) Ke UIAM, Gombak

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Pengurusan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Mohamad Azhan Md Amir telah membuat lawatan kerja singkat ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pagi tadi.
Kehadiran beliau telah disambut oleh Timbalan Rektor Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan, UIAM, Prof. Dr. Mohamed Aslam Mohd Haneef.
Dalam pertemuan tersebut, pihak universiti telah membentangkan taklimat mengenai permohonan cadangan penambahbaikan fasiliti dan infrastruktur UIAM.
UIAM telah mengenalpasti beberapa projek yang perlu diberi perhatian dengan mengambil kira fasiliti dan infrastruktur sedia ada yang telah rosak dan usang untuk kemudahan dan keselesaan para pelajar.
Hadir sama Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan KPT, Ir. Ts. Hjh. Wan Zakiah Wan Mohamed; serta wakil UIAM.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 361