Kunjungan Hormat MPP UUM kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Perkukuh Hubungan Strategik Bersama KPT

Kunjungan Hormat MPP UUM kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Perkukuh Hubungan Strategik Bersama KPT

28 Februari 2026 I Putrajaya

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Adam Adli Abd. Halim telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) pada pagi semalam.

Pertemuan tersebut bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik antara kepimpinan mahasiswa khususnya MPP UUM dan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memastikan suara serta aspirasi mahasiswa terus diangkat selari dengan agenda pendidikan tinggi negara.

Kunjungan ini juga menjadi platform perbincangan dua hala bagi memperkasa peranan mahasiswa sebagai rakan strategik KPT dalam membentuk ekosistem kampus yang progresif, inklusif dan berdaya saing.

Turut dibincangkan adalah mengenai usaha-usaha memperkasakan mahasiswa melalui pelaksanaan inisiatif kepimpinan dan kebajikan oleh MPP UUM termasuk pengukuhan agenda advokasi akademik, isu kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa serta isu-isu nasional melibatkan mahasiswa. 

  • Last updated on .
  • Hits: 162
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 12 Mac 2026, 11:58:06.

logo-sirim