Kunjungan Hormat Ketua Perangkawan Malaysia Kepada Ketua Setiausaha KPT

Kunjungan Hormat Ketua Perangkawan Malaysia Kepada Ketua Setiausaha KPT

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin pada petang tadi.

Pertemuan ini bertujuan memperkukuhkan jalinan kerjasama di antara KPT dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) khususnya dalam pembangunan statistik yang lebih menyeluruh dalam menyokong Dasar Pendidikan dan tenaga kerja graduan negara. Usaha ini seterusnya dapat membantu kerajaan dalam merangka dasar dan perancangan pembangunan modal insan yang komprehensif.

Semoga kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada pemerkasaan statistik negara yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.

Hadir sama dalam sesi ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 651
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 23 Januari 2026, 09:07:53.

logo-sirim