Kunjungan Hormat Ketua Pengarah JLKN Kepada KSU KPT

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), YBhg. Dato’ Haji Ya’cob bin Haji Samiran pada pagi ini.
Pertemuan adalah bertujuan bagi memaklumkan kepada KSU KPT berkenaan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim melantik beliau sebagai Ahli Majlis Latihan Negara (MLKN) serta menyerahkan watikah pelantikan yang berkuat kuasa pada 14 April 2025 hingga 13 April 2028.
Pelantikan ini adalah selaras dengan perancangan untuk melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di kampus IPTA mulai 2027, sebagai usaha melahirkan graduan yang lebih bersedia dalam menghadapi cabaran global. Bagi tahun 2026, program rintis akan dilaksanakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan di tiga (3) buah Politeknik terpilih.
Kerjasama strategik antara KPT dan JLKN ini diyakini mampu memperkukuh agenda pembangunan modal insan negara melalui pendidikan tinggi yang inklusif, berkualiti dan berpaksikan nilai-nilai Malaysia MADANI demi melahirkan generasi muda berdaya tahan, berilmu dan berakhlak mulia.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 541