Kunjungan Hormat daripada Pengerusi LPU Universiti Malaya (UM)

YBhg. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi LPU Universiti Malaya (UM) di pejabatnya. YBhg. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi LPU Universiti Malaya (UM) di pejabatnya.

Mereka turut membincangkan mengenai peranan UM kepada pembentukan penambahbaikan infrastruktur di UM, keperluan bagi mahasiswa OKU, pembaikan bangunan dan penaiktarafan semua blok dewan kuliah dan asrama mahasiswa.

Selain itu, topik lain yang dibicarakan ialah transformasi UM selaras dengan penarafan UM di tangga ke 65 dalam QS Global World Rankings 2022. Antara topik lain yang dibincangkan adalah misi transformasi UM selaras dengan peranannya sebagai sebuah universiti penyelidikan di Malaysia.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5464
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 17 Mei 2024, 15:30:11.