Kunjung Hormat Lt. Jen. Dato’ Hasagaya Abdullah, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Semalam, 29 Disember 2020, YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi menerima kunjung hormat Lt. Jen. Dato’ Hasagaya Abdullah, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang baharu. Dato’ Hasagaya dilantik sebagai Naib Canselor UPNM mulai 19 Disember 2020 hingga 18 Jun 2023. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah berbincang mengenai pembangunan dan hala tuju UPNM serta visi Kementerian Pengajian Tinggi seperti yang termaktub di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Mereka juga berbincang mengenai peranan UPNM Holdings Sdn. Bhd. yang perlu diperkasakan.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 5237