KSU KPT Kunjungi ILC dan AGN UUM

10 Februari 2026 | Sintok, Kedah

Universiti Utara Malaysia (UUM) pada hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim ke Independent Living Centre (ILC) UUM dan Akademi Golf Negara (AGN) UUM sebelum berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) KPT yang diadakan di Dewan Seri Angsana, EDC, UUM.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan KPT dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi, inovasi dan pembangunan modal insan selari aspirasi nasional.

Seusai lawatan, YBhg. Datuk Dr KSU telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Universiti Awam (JKPA UA).

Turut hadir dalam sesi kunjungan ini ialah Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed dan barisan pengurusan tertinggi UUM yang lain. 

  • Last updated on .
  • Hits: 35
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 24 Februari 2026, 07:06:01.

logo-sirim