KSU KPT Hadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) Dan Lawatan Kerja Ke HPTP

KSU KPT Hadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) Dan Lawatan Kerja Ke HPTP

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang hadir ke Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, KPT (HPTP) bagi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) HPTP-Perjanjian Konsesi 1 (CA 1) di sini pagi tadi.

Mesyuarat Jawatankuasa PMC dipengerusikan oleh beliau kali ketiga (3) tahun ini selaras dengan Klausa 32 Perjanjian Konsesi bagi membincangkan pelaporan dan status pelaksanaan projek dengan lebih terperinci serta mengambil tindakan-tindakan intervensi terhadap isu atau masalah yang wujud.

Usai mesyuarat, beliau telah merasmikan Portal Rasmi Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh dan Sistem Tempahan Fasiliti Gunasama (E-Tempas), platform digital yang membolehkan warga HPTP untuk menempah kemudahan ruang atau fasiliti secara efisien.

Portal HPTP ini juga bertujuan untuk menyediakan maklumat rasmi yang tepat, terkini dan relevan mengenai fungsi, perkhidmatan dan aktiviti jabatan.

Dalam pada itu, YBhg. Dato' Seri KSU turut berkesempatan melihat projek pelajar PTSN iaitu 'The Universal Movers' yang merupakan projek akhir pelajar yang telah berjaya meraih pingat emas semasa SINERGI 2024 iaitu pertandingan yang diadakan bagi menjana idea baharu dalam menyelesaikan cabaran dunia nyata.

Selain itu, YBhg. Dato' Seri KSU telah melawat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Pagoh bagi meninjau cadangan tapak pembangunan Hab Hidrogen. Kehadiran beliau disambut oleh Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UTM.

Lawatan kemudiannya diakhiri dengan jamuan bersama semua delegasi dan turut dihadiri oleh Majlis Perundingan Pelajar (MPP) di HPTP (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail).

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Datuk Mohamad Azhan Md. Amir; Pengarah SPK HPTP, Huzaimi Amir Zainuddin; Pegawai-pegawai kanan KPT dan Pengarah-pengarah kampus di HPTP. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 373
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 17 Februari 2025, 02:50:23.

logo-sirim