KPT Prihatin Komuniti Sejahtera di Parit Raja

KPT Prihatin Komuniti Sejahtera di Parit Raja

KPT Prihatin Keluarga Malaysia@Johor pada hari ini diteruskan apabila YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi turut serta ke program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera di Parit Raja, Batu Pahat.

Pada majlis tersebut, YB Menteri bersama-sama warga Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) dan Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah@IIUM (SASMEC@IIUM) telah menyantuni penduduk setempat dengan memberikan perkhidmatan saringan kesihatan am, pemeriksaan glukos dalam darah, pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan BMI, pengajaran teknik bantuan awal pernafasan CPR dan lain-lain.

Selain itu, YB Menteri turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada komuniti tempatan yang disumbangkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Hadir sama YBhg. Prof. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6553
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 24 Februari 2024, 09:25:25.