Fasa 1 Zon 4 (Tengah) Program Jom Masuk IPT (JMIPT) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

jmipt

27 Februari 2022

Fasa 1 Zon 4 (Tengah) Program Jom Masuk IPT (JMIPT) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sampai ke penghujung hari ini di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia atau USIM di Nilai, Negeri Sembilan.

Fasa 1 Zon 1 program tersebut bermula di Pulau Pinang (UiTM Cawangan Pulau Pinang) dan Zon 2 di Perak (UPSI) dimana kedua-dua universiti awam tersebut masing-masing menjadi hos kepada program pada 5 dan 6 Februari 2022 dan 12 dan 13 Februari 2022, mankala Zon 3 yang berlangsung di Sarawak pula dihoskan oleh UiTM Cawangan Sarawak pada 19 dan 20 Februari 2022.

Acara pertama program tersebut pada hari ini dimulakan dengan taklimat oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA, JPT), KPT, disusuli oleh taklimat oleh UniMAP dan USIM serta Institut Kemahiran MARA.

Program dua hari tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM semalam dalam suasana pematuhan ketat SOP COVID-19.

Antara aktiviti menarik sepanjang dua hari program itu berlangsung ialah pameran reruai IPT, persembahan kebudayaan, promosi kemasukan secara hybrid, seminar kaunseling, dan banyak lagi.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti USIM, YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi (Akademik & Pembangunan), YBrs. Prof. Ir. Dr. Robiah binti Yunus turut melawat program tersebut hari ini.

Fasa 2 program tersebut bakal diadakan di Sabah (Zon 5), Kelantan (Zon 6), Terengganu (Zon 7) dan Johor (Zon 8) pada Jun 2022.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 15660
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Jun 2024, 18:57:36.