KPT & MOF Berganding Bahu Perkasa Kebajikan Pelajar dan Ekosistem Pendidikan Tinggi

9 September 2026 | Putrajaya
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus melangkah ke hadapan dalam memastikan agenda pembangunan pendidikan tinggi negara sentiasa diberi keutamaan.
Ia diterjemahkan menerusi satu Kunjungan Hormat Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican di Kementerian Kewangan (MOF), petang tadi.
Pertemuan tersebut menjadi platform strategik bagi kedua-dua pihak membincangkan secara mendalam berkaitan keperluan peruntukan kewangan KPT.
Fokus utama perbincangan turut ditumpukan kepada penyediaan inisiatif baharu serta penambahbaikan program sedia ada demi memperkasakan kebajikan pelajar dan memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi secara menyeluruh.
Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan KPT dalam memastikan kebajikan serta kemudahan para pelajar sentiasa terpelihara, di samping menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, moden, dan berdaya saing.
Turut hadir menyertai perbincangan tersebut ialah Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPT, Encik Azhar Mohamad Yusof; Setiausaha Bahagian Kewangan KPT, Encik Hassan Muda, serta pegawai-pegawai kanan daripada bahagian berkaitan kedua-dua kementerian.
- Last updated on .
- Hits: 90
