KPT Jalin Kerjasama Program Latihan Perguruan Dengan United Kingdom

KPT Jalin Kerjasama Program Latihan Perguruan Dengan United Kingdom

Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selaku ketua bagi Kumpulan Kerja Pendidikan (EWG) di bawah Jawatankuasa Bersama Kerjasama Dua Hala Perdagangan dan Pelaburan (JCBTIC) antara Malaysia-United Kingdom telah menganjurkan Mesyuarat berkenaan Latihan Perguruan (Teacher Training).

Mesyuarat ini membincangkan tentang kerjasama berkenaan program Latihan Perguruan antara Malaysia dan United Kingdom, isu-isu yang melibatkan program latihan guru serta pelbagai inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran dan kompetensi guru-guru di Malaysia.

Dalam ucapan oleh YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, beliau telah menekankan bahawa kepentingan latihan perguruan perlu diberikan keutamaan bagi memastikan pembangunan professional guru secara berterusan- bertepatan dengan idea pembelajaran sepanjang hayat bagi memberi peluang kepada mereka untuk menjiwai prinsip learn, relearn dan unlearn.

Diharapkan kerjasama dalam Program Latihan Perguruan ini dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom terutamanya dalam bidang pendidikan dan pendidikan tinggi.

Turut hadir bersama Mr. Clifford Bebb, Timbalan Pengarah, Department for International Trade (DIT), Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur; delegasi daripada United Kingdom; dan juga delegasi daripada Malaysia.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2240
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 14 Jun 2024, 19:20:56.