Kerjasama Strategik Republik Rakyat China - Malaysia Bangunkan Bidang Penyelidikan Teknologi Kejuruteraan

Kerjasama Strategik Republik Rakyat China - Malaysia Bangunkan Bidang Penyelidikan Teknologi Kejuruteraan

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Prof. Wang Xiqin, Presiden Tsinghua University bersama delegasi daripada Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Kuala Lumpur dan Tsinghua University di pejabatnya petang tadi.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi antara institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan Tsinghua University. Kerjasama yang telah dijalinkan di antara kedua-dua pihak menjurus kepada pembangunan bidang penyelidikan khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi serta usaha-usaha Tsinghua University dalam membangunkan platform kebolehpasaran graduan serta program mahasiswa rentas nasional.

Hadir sama dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT); YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT); dan YBhg. Datin Noorazah Omar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1544
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 Julai 2024, 04:35:17.

logo-sirim