Kerjasama Malaysia - Brunei Pertingkatkan Kepakaran Dan Pendidikan Tinggi Kedua-Dua Negara
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg Dato Dr. Hj Megat Sany Megat Ahmad Supian telah menghadiri Majlis Menghadap dan Jamuan High-Tea Bersama Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Putera Mahkota Negara Brunei Darussalam pada petang semalam.
Semasa majlis tersebut, pihak KPT turut membuat pembentangan mengenai Edutourism dan Program Mobiliti Pelajar Antarabangsa Brunei di Malaysia.
Melalui hasil rumusan pembentangan, KPT mengalu-alukan peningkatan pelajar Brunei di Malaysia memandangkan terdapat pelbagai tawaran dalam program Edutourism serta universiti-universiti di Malaysia yang bertaraf antarabangsa dan tersenarai dalam ranking dunia.
Antara lain yang dibincangkan adalah pihak KPT mengalu-alukan peningkatan pelajar Brunei di Malaysia memandangkan terdapat pelbagai tawaran dalam program Edutourism serta universiti-universiti di Malaysia yang bertaraf antarabangsa dan tersenarai dalam ranking dunia.
Selain itu, pihak Brunei turut mengalu-alukan perbincangan lanjut bersama pihak KPT berkaitan program pembangunan, ‘internship’, program kolaborasi dan sebagainya yang boleh dibincangkan semasa lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia ke Brunei yang dijangka diadakan pada minggu hadapan.
Turut hadir di pihak KPT ialah Pengarah Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), YBhg. Dato' Haji Shushilil Azam bin Shuib.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 509