KARISMA Pemikir MADANI, Rapatkan Saf Kepimpinan IPT Hayati Hala Tuju Pembangunan Negara

KARISMA Pemikir MADANI, Rapatkan Saf Kepimpinan IPT Hayati Hala Tuju Pembangunan Negara

YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah merasmikan dan menyampaikan ucaptama semasa Program Karisma Pemikir MADANI Pengurusan Tertinggi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.

Program yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir itu merupakan anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 13 sehingga 15 Ogos 2024.

Kira-kira 500 orang peserta yang terdiri daripada kepimpinan tertinggi UKM menghadiri program berkenaan dengan bermatlamat untuk memperkasakan hala tuju institusi itu selaras dengan agenda Malaysia MADANI serta UKM sebagai Pembina Masa Depan Negara Bangsa.

Selain itu, seperti siri sebelum ini program KARISMA telah disusun dengan sesi-sesi dialog dan perkongsian oleh barisan panel yang berwibawa dan berpengalaman dalam aspek kenegaraan bagi menyebarluaskan kefahaman dan penghayatan falsafah MADANI.

Program ini bukan sahaja dapat merapatkan saf kepimpinan IPT bahkan meneguhkan jati diri dan semangat patriotik kepada semua pemimpin tertinggi dalam melakar kanvas masa depan UKM.

Dalam ucaptamanya YAB Timbalan Perdana Menteri berkata enam tonggak Malaysia MADANI yang perlu diterapkan iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan dalam pencorakan masa depan bagi memenuhi kebolehpasaran graduan Institusi Negara.

Hadir sama Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Timbalan KSU, Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1841
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 10 Februari 2025, 08:49:13.

logo-sirim