Jawatankuasa Pemandu Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035 Ditubuhkan, Perhalusi Aspirasi Pendidikan Tinggi Masa Hadapan
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang mempengerusikan Mesyuarat Pemandu Bilangan 1 bagi Tahun 2024 bersama Kumpulan Pakar dan ahli Jawatankuasa Pemandu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Mesyuarat yang telah dihadiri oleh 13 orang Jawatankuasa Pemandu, dan 12 orang Kumpulan Pakar antaranya telah bersetuju terhadap ‘blueprint overview development’ merangkumi aspirasi nasional baharu Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035 yang akan memfokuskan kepada sembilan (9) lonjakan dalam menetapkan hala tuju pendidikan tinggi negara masa hadapan, selaras dengan aspirasi negara dan keperluan pasaran kerja masa hadapan yang pastinya dapat membantu meningkatkan ekonomi pendapatan negara.
PPPTM 2026-2035 adalah dokumen dasar yang melibatkan sinergi pelbagai pihak antaranya Talent Corp dan Kementerian Ekonomi dalam memastikan dasar yang dibangunkan ini dapat memenuhi keperluan negara.
Turut hadir bersama adalah pengurusan tertinggi Kementerian, agensi-agensi di bawahnya, wakil pakar daripada pelbagai bidang, wakil universiti awam dan swasta, Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC), Kementerian Ekonomi dan Talent Corp.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1150