IPT Diseru Rentas Sempadan Perkasakan Pendidikan Tinggi Negara

IPT Diseru Rentas Sempadan Perkasakan Pendidikan Tinggi Negara

Kedua-dua IPT awam dan swasta di Malaysia memainkan peranan yang sama penting dengan cara tersendiri dalam menyebarkan panji kecemerlangan pendidikan tinggi negara di peringkat global.

Apatah lagi, IPT merupakan sebahagian komponen enjin pertumbuhan negara, yang mampu untuk melantun agenda, misi serta menyumbang idea dan solusi kepada permasalahan nasional.

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian ketika menyempurnakan pelancaran Dwi-kampus MSU Shah Alam-Jakarta serta program Ijazah Berkembar antara MSU dengan Universitas Airlanggar Indonesia (UNAIR) dan Jakarta Global University (JGU) di sini pagi tadi.

Justeru, sebarang perancangan dan usaha IPT untuk berkolaborasi merentasi sempadan seperti pembukaan kampus antarabangsa, peluasan program mobiliti serta kerjasama strategik penyelidikan akan diberi perhatian dan sokongan oleh Kementerian, ujar beliau.
Menurut beliau lagi, "perkara ini sangat bertepatan dengan cita-cita Kementerian untuk menjadikan Malaysia sebagai hab atau pusat pengembangan bakat yang dihormati dunia".

Hadir sama YBhg. Tan Sri Wira Prof. Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid, Presiden MSU, YBhg. Puan Sri Datuk Prof. Dr. Junainah Abd. Hamid, Naib Canselor MSU serta YBhg. Prof. Dr. Mohammad Nasih, Rektor UNAIR.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2703
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 27 Mei 2024, 18:16:03.