Hari Inovasi KPT 2025 Semarakkan Budaya Kreativiti Sektor Awam

Hari Inovasi KPT 2025 Semarakkan Budaya Kreativiti Sektor Awam

Selaras dengan hasrat menyemarakkan kreativiti dan inovasi dalam sektor awam, Hari Inovasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2025 telah dianjurkan bagi meraikan budaya inovasi warga KPT, Jabatan, Agensi serta Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Program yang berlangsung selama dua (2) hari bermula 1 Oktober 2025 ini telah dipenuhi dengan pelbagai pengisian menarik para hadirin di ruang legar Bangunan KPT.

Majlis turut diserikan dengan acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang Pertandingan Inovasi KPT 2025, Pertandingan Pameran Inovasi KPT 2025, Pertandingan Cipta Slogan Hari Inovasi KPT 2025 serta Kuiz Inovasi KPT 2025.

Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim hadir bagi menyempurnakan majlis serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Projek R.A Barn dari UniSZA telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Inovasi KPT 2025 manakala KKPG Innovators dari Kolej Komuniti Pasir Gudang pula menjuarai Pertandingan Pameran Inovasi KPT 2025.

Syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menyumbang idea, kreativiti dan inovasi demi memperkukuh budaya kecemerlangan di KPT.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Fazidah Mustafa. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 576
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 24 Oktober 2025, 04:17:19.

logo-sirim