Geomatika Kini Universiti Penuh

Geomatika Kini Universiti Penuh

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menyerahkan watikah naik taraf kepada Kolej Universiti Geomatika sebagai sebuah universiti swasta bertaraf penuh yang kini dikenali sebagai Universiti Geomatika Malaysia (UGM) pagi tadi.

Penyerahan watikah tersebut telah diterima oleh YBhg. Datuk Prof. Sr. Dr. Mohaizi Mohamad, Pengerusi Kumpulan Pendidikan Geomatika.

UGM yang diasaskan 18 tahun lalu telah bermula sebagai sebuah institut kemahiran dan seterusnya dinaik taraf menjadi kolej pada tahun 2004.

Ia lantas berkembang sesuai cabaran dan permintaan sektor pendidikan tinggi negara sehingga dinaik taraf kepada kolej universiti pada 2014.

YB Menteri merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian UGM dan berharap status baharu mereka dalam sektor IPT swasta akan merancakkan lagi agenda pemerkasaan pendidikan tinggi negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2578
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 14 Jun 2024, 19:20:56.