Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Mulakan Tugas Di KPT Sebagai TKSU (PP)

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini menerima Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) (TKSU PP) baharu iaitu YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan.
Beliau telah tiba di pekarangan KPT pagi tadi dengan disambut oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Encik Azhar Mohd Yusof bersama Setiausaha-Setiausaha Bahagian sektor PP.
Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman yang sebelum ini bertugas di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai TKSU (Pembangunan Teknologi) turut menerima pas pekerja dan mengetik perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi di KPT.
Sekalung tahniah dan selamat datang diucapkan kepada YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 193