Belanjawan 2024: RM 16.3 Bilion Perkasakan Pendidikan Tinggi Negara

Belanjawan 2024: RM 16.3 Bilion Perkasakan Pendidikan Tinggi Negara

Bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’, Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim petang tadi menyaksikan peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meningkat sebanyak 6.8% kepada RM16.3 bilion berbanding tahun lalu.

Sebanyak 14 insentif dan inisiatif telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri bagi memperkasakan sektor pendidikan tinggi negara dalam pembentangan kali ini.

Belanjawan 2024 turut memfokuskan kepada bidang TVET; kesihatan awam; kebajikan pelajar dan golongan rentan; penyelidikan dan kerjasama industri; serta kesejahteraan dan pengupayaan komuniti.

Bagi pihak KPT, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, dan Timbalannya, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal turut menghadiri pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) tersebut di Dewan Rakyat.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1303
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 24 Februari 2024, 09:25:25.