4 Universiti Awam Terima Timbalan Naib Canselor Baharu

4 Universiti Awam Terima Timbalan Naib Canselor Baharu

Seramai empat (4) orang Timbalan Naib Canselor (TNC) Universiti Awam (UA) telah menerima surat lantikan daripada Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin di pejabatnya pagi tadi.

Surat pelantikan telah diserahkan kepada YBhg. Prof. Dr. Habibah A. Wahab sebagai TNC (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia (USM) yang baharu, yang mana beliau sebelum ini merupakan Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM).

Seterusnya, Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut menerima pelantikan TNC (Akademik dan Antarabangsa) yang baharu iaitu YBhg. Prof. Dr. Shahril Yusof yang pernah menyandang jawatan sebagai TNC (Penyelidikan dan Inovasi) UMS dari tahun 2012 hingga 2019 sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Ortopedik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UMS.

YB Menteri turut menyerahkan surat lantikan kepada YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Felo Penyelidik Kanan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses, Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai TNC (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UMP yang baharu.

Akhir sekali, YBhg. Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam Mohamad, Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut menerima surat lantikan daripada YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai TNC (Pembangunan) UTM yang baharu.

Semu pelantikan TNC keempat-empat (4) UA ini akan berkuat kuasa mulai 15 Mei 2023.

Sekalung tahniah dan selamat maju jaya.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2197
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 24 Februari 2024, 09:25:25.