266 Orang Pegawai Kpt Sertai Pertandingan Mission Slimpossible MOHE 2.0

266 Orang Pegawai Kpt Sertai Pertandingan Mission Slimpossible MOHE 2.0

Seramai 266 orang pegawai Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyertai pertandingan Mission Slimpossible MOHE 2.0 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Pendidikan Tinggi (Kelab KPT) yang berlangsung dalam tempoh 12 minggu mulai Februari lalu.

Program yang bertujuan untu memberi kesedaran dan menggalakkan warga KPT mengamalkan gaya hidup sihat melalui senaman, pemakanan yang betul.

Ia secara tidak langsung dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi warga KPT dan organisasi.

Ketua Setiausaha KPT, Dato' Seri Ir Dr Zaini Ujang telah menyampaikan hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 kepada pemenang iaitu Puan Siti Nor Afzan Ibrahim (Bahagian Biasiswa) dengan peratus penurunan berat sebanyak 14.22 peratus (10kg).

Kelab KPT turut memberikan hadiah kepada enam (6) pemenang Anugerah Dedikasi Unggul atas semangat dan dedikasi dalam menyertai program-program yang dianjurkan oleh urus setia serta Anugerah The Biggest Loser juga diberikan kepada peserta yang mendapat penurunan berat terbanyak.

Jumlah keseluruhan penurunan berat badan kesemua peserta pertandingan ini adalah sebanyak 410kg. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 856
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 07 Februari 2025, 01:24:25.

logo-sirim