Penangguhan Kemasukan Pelajar Ke Kampus Sesi 2020/2021
- Saya merupakan seorang pelajar baharu yang akan melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Sarawak. Dengan pengumuman terkini daripada KPT, bagaimana urusan tiket penerbangan saya?
Bagi pelajar yang telah membeli tiket penerbangan, KPT juga telah mengambil langkah proaktif berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi memohon pertimbangan untuk penjadualan semula tiket penerbangan tersebut.
Para pelajar yang telah membeli tiket penerbangan melalui syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Malindo Airways boleh menghubungi terus customer care/ talian hotline syarikat penerbangan seperti di bawah:
Malaysia Airlines
Global Contact Centre: 1 300 88 3000
Malindo Airways
Customer care: 03 - 7841 5388
E-mel:
Air Asia
Bagi pelajar yang telah membeli tiket penerbangan melalui syarikat penerbangan Air Asia boleh menghubungi IPT masing-masing bagi mendapatkan cara-cara mengemukakan maklumat seperti berikut :
- Pelajar kemukakan maklumat kepada IPT
- IPT mengumpul maklumat mengikut templat yang telah diberikan
- IPT mengemukakan maklumat secara berperingkat
- KPT akan mengemukakan maklumat untuk tindakan Air Asia
2. Di mana saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai urusan pendaftaran kemasukan ke kampus?
Pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung urusan pendaftaran kemasukan ke kampus dengan menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar di institusi masing-masing.
Berikut adalah talian hotline Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan 20 Universiti Awam:
BIL. |
NAMA UA |
HOTLINE UTAMA |
TALIAN TAMBAHAN |
1 |
KPT |
03-8870 6777 03-8870 6949 |
|
2 |
UNIMAP |
011-622 70316 |
BPA: 01162270316/ 010-8698727; |
3 |
UUM |
049284586 |
049284586/+60 13 450 2666/0134878748 |
4 |
USM |
04-653 3291 |
BHEPA Kampus Induk Pulau Pinang: |
5 |
UPSI |
012-2095200 |
012-2095200/015-48797838 |
6 |
UITM |
03-5544 3528 |
|
7 |
UM |
03 79673216 |
|
8 |
UPNM |
0390513407 |
BPA - 0390513407/3453, |
9 |
UPM |
603-97696075 |
603-97696075/6073 |
10 |
UKM |
03-8921 3147 |
03-8921 3147/012-9510714 |
11 |
UIA |
03 6421 5555 |
HEP: 03 6421 4087 |
12 |
USIM |
067986121 |
|
13 |
UTEM |
06-270 1593 |
BPA: 06-270 1963/1964/1960 |
14 |
UTHM |
0193929849 |
PKU: 0193929849 |
15 |
UTM |
011-18687022 |
|
16 |
UMK |
0199931915 |
BPA : 0199846019 |
17 |
UMP |
09-5493333 |
Hotline Gambang: 09-5493333 |
18 |
UMT |
096685059 |
TEL: 096685059/4286/4296 |
19 |
UNISZA |
0129080544/096688892 |
En. Ahmad Termizi : 0129080544/096688892 |
20 |
UNIMAS |
082-581921 |
PKP: 082-581921/1857/1858/1857 |
21 |
UMS |
088- 320060 |
3. Jika ada pertanyaan mengenai penjadualan semula penerbangan di mana saya boleh mendapatkan maklumat lengkap?
Sebarang pertanyaan berkenaan penjadualan semula penerbangan boleh menghubungi terus customer care/ talian hotline syarikat penerbangan seperti di bawah:
Malaysia Airlines
Global Contact Centre: 1 300 88 3000
Malindo Airways
Customer care: 03 - 7841 5388
E-mel:
Air Asia
Bagi pelajar yang telah membeli tiket penerbangan melalui syarikat penerbangan Air Asia boleh menghubungi IPT masing-masing bagi mendapatkan cara-cara mengemukakan maklumat seperti berikut :
- Pelajar kemukakan maklumat kepada IPT
- IPT mengumpul maklumat mengikut templat yang telah diberikan
- IPT mengemukakan maklumat secara berperingkat
- KPT akan mengemukakan maklumat untuk tindakan Air Asia
Pelajar juga dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan atau makluman yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, IPT, dan syarikat penerbangan dari semasa ke semasa.
4. Bagaimana dengan status pelajar IPTS?
Bagi hal-hal berkaitan pelajar IPTS, Kementerian mencadangkan agar perkara-perkara berikut dipatuhi dan dilaksanakan oleh pengurusan IPTS masing-masing:
- Bagi pelajar yang telah kembali ke kampus semenjak Julai 2020, adalah dicadangkan supaya pelajar kekal berada di dalam kampus dan boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KPT, KKM dan MKN.
- Bagi pelajar yang masih berada di kampung halaman, pelajar dinasihatkan untuk kekal di rumah masing-masing, mendaftar dan mengikuti proses pengajian secara atas talian.
Pihak pengurusan dan pentadbiran IPTS hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebajikan pelajar sepanjang tempoh penangguhan ini berlangsung. Para pelajar boleh terus menghubungi pihak institusi bagi sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini.
5. Berapa lama tempoh masa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian akan berlangsung?
Pada masa ini IPT boleh melaksanakan PdP secara dalam talian mengikut keperluan dan kesesuaian program masing-masing.
6. Bagaimana sekiranya saya telah tiba di kampus untuk urusan pendaftaran?
Pihak IPT telah menyediakan SOP bagi pengendalian pendaftaran fizikal dan kemasukan pelajar di kampus selaras dengan perkembangan semasa penularan pandemik Covid-19. Maka, pelajar yang berada di kampus perlu sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh IPT masing-masing dan juga arahan kerajaan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
7. Adakah pelajar yang telah berada di kampus dibenarkan untuk keluar?
Pihak IPT telah menyediakan SOP bagi pengendalian pelajar yang berada di kampus selaras dengan perkembangan semasa penularan pandemik Covid-19. Maka, pelajar
yang berada di kampus perlu sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh IPT masing-masing dan juga arahan kerajaan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
Para pelajar adalah dinasihatkan supaya mengehadkan pergerakan, menjaga penjarakan fizikal, mengamalkan 3W (Wash, Warn, Wear) dan mengelakkan 3S (Sesak, Sempit, Sembang dekat) bagi membendung penularan pandemik Covid-19 serta menjaga kesihatan diri.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 58285