KENYATAAN MEDIA
YBHG. LT. KOL. DATO’ PROF. TS. DR. ZALIMAN BIN SAULI DILANTIK
SEMULA SEBAGAI NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
(UniMAP)
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa YBhg. Lt. Kol. Dato’ Prof. Ts. Dr. Zaliman bin Sauli telah menerima watikah pelantikan semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) daripada Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa 9 Ogos 2024 hingga 8 Ogos 2026.
YBhg. Lt. Kol. Dato’ Prof. Ts. Dr. Zaliman bin Sauli merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Fizik dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1991 sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Semikonduktor Bahan dan Peranti di University of Surrey, United Kingdom pada tahun 1995 dan seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Mikroelektronik di UniMAP pada tahun 2012.
KPT yakin dengan pelantikan semula ini, YBhg. Lt. Kol. Dato’ Prof. Ts. Dr. Zaliman bin Sauli dapat meneruskan perancangan bagi memenuhi aspirasi dan hala tuju UniMAP dalam memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terutama dalam teknologi baharu industri semikonduktor untuk melahirkan graduan TVET sedia industri.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
7 Ogos 2024
Muat Turun:
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 3692