logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

SERAMAI 71,290 CALON LEPASAN STPM DAN SETARAF DITAWAR TEMPAT KE UNIVERSITI AWAM


SERAMAI 71,290 CALON LEPASAN STPM DAN SETARAF DITAWAR TEMPAT KE UNIVERSITI AWAM

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengucapkan penghargaan kepada calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf (STAM, Matrikulasi, Asasi dan Diploma) yang telah mengemukakan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) menerusi UPUOnline®️.

Pada tahun ini, KPT telah menerima 105,424 permohonan yang layak bagi lepasan STPM/ Setaraf untuk melanjutkan pengajian menerusi UPUOnline®️. Seramai 71,290 calon (77.47%) telah ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian.

Secara keseluruhannya, sebanyak 1,114 program pengajian Sarjana Muda telah ditawarkan bagi sesi kali ini. Kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

Kepada calon yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian, Kementerian kini telah membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan di UPUOnline®️ dalam tempoh 10 hari, bermula daripada 6 September 2024, jam 12.00 tengah hari sehingga 15 September 2024, jam
5.00 petang.

Pihak Kementerian mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya.

Kementerian Pendidikan Tinggi
06 September 2024

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media - Seramai 71,290 Calon Lepasan STPM Dan Setaraf Ditawar Tempat Ke Universiti Awam (101 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2735
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim